Ahad, 23 Ogos 2015

AMALAN BERSEDEKAH : melatih dari bersifat pentingkan diri sendiri

TANGGUNGAN PERBELANJAAN: PKNQ

TANGGUNGAN PERBELANJAAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI JOHOR

KOS (RM)
1
Bil telefon, elektrik, air dll
Rm1000
2
Makanan minum
Rm2000
3
Perbelanjaan persekolahan
Rm1000
4
Saguhati petugas
Rm2200
5
Barangan keperluan harian
Rm1000
6
Rawatan kesihatan
Rm500
7
Kenderaan & minyak
Rm2000
8
Lain-lain perbelanjaan
Rm1000
9
Sewa Bangunan Asrama Puteri
Rm2,500.00  

       JUMLAH KESELURUHAN
Rm13,200.00

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI

Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan/ ROS dengan no penadtaran,
PPM-004-01-06122013

NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU

Puan Khiryati Misbah      : 0139136506
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012

Sumbangan atas nama :

Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi

BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
Atau
MAYBANK.    : 5511-3751-1081

AMALAN SEDEKAH

AMALAN BERSEDEKAH

Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan: "Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada Sepuluh Manfaat; Lima akan diberikan di dunia, dan Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak.

BERSEDEKAH
Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Kisah Sedekah yang makbul

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri.

 Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sini mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’

Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri.  

Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menginfaqkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 22 Ogos 2015

PENGENALAN : Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi ( PKNQ )

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI

Berdaftar dengan  R.O.S. Johor / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor Darul Takzim, sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-Undang tubuh pertubuhan dan dasar-dasar negara, no pendaftaran: 
PPM-004-01-06122013

NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU

Puan Khiryati Misbah      : 0139136506
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012

Sumbangan atas nama :
Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi

BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
Atau
MAYBANK.    : 5511-3751-1081

Bilangan guru dan petugas : 8 orang.
Bilangan anak-anak Fakir miskin, anak yatim & Asnaf yang menetap di asrama : 15 orang.
Bilangan yang berdaftar dan sering mengikuti Program Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi / PKNQ

 PKNQ pusat yang menaungi dan menjadi tempat berlindung kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebuah keluarga besar yang bernaung dibawah satu nama dengan satu ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang tinggi bagaikan satu keluarga dari ibu dan ayah yang sama.

  Segala kegiatan kebajikan yang dilaksanakan dari pelbagai aspek samada lahiriah seperti bantuan kewangan, makanan, barangan ataupun aspek rohaniah, seperti khidmat kaunseling, latihan kemahiran, pendidikan insan dan

Nur Qalbi memberi perhatian terhadap kasih sayang, pertolongan, kerjasama, tanggungjawab, prihatin kepada insan-insan yang menanggung penderitaan dari berbagai golongan tanpa mengira peringkat usia serta tidak dibatasi oleh sempadan negeri. Samada individu atau pusat kebajikan  PKNQ akan sentiasa bersedia untuk berkongsi penderitaan dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

 Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi / PKNQ adalah pusat kebajikan yang me5naungi anak-anak yatim, anak fakir miskin dan yang layak menerima zakat. Selain anak anak di asrama, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Kebajikan Fakir miskin dan anak Yatim Se-malaysia kelolaan PKNQ

Visi

1. Membangunkan sebuah kompleks Kebajikan berperanan sebagai saluran tambahan yang beroperasi 24 jam serta sentiasa konsisten di dalam membantu mereka yang dhaif dan susah.

2. menjana dana yang maksimum melalui berbagai program yang dianjurkan agar mencukupi bagi menampung operasi kebajikan yang ingin dilaksanakan.

3. Membuka rangkaian di seluruh negara untuk melebarkan sayap perkhidmatan yang bakal diberikan ke serata pelusuk negeri.

Buat masa ini di sinilah anak-anak  puteri PKNQ ini tumpang berteduh menyewa rumah meskipun agak berat juga menanggung sewanya namun berbagai aktiviti amal telah dilakukan di sini.

Segala sumbangan yang kami terima akan dikongsi dan diagih-agihkan kepada mereka yang layak tak kira samada mereka tinggal di asrama PKNQ ataupun tinggal di rumah sendiri.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas yang diterima, selain untuk kegunaan penghuni Asrama Putri PKNQ,  akan turut  diagih-agihkan juga kepada golongan yang memerlukannya seperti  :

1. Balu yang kematian suami dan memelihara anak yatim.

2. Ibu  tunggal  yang tidak  mendapat nafkah dari bekas suami.

3. Warga  Emas  yang tidak  berkemampuan

4. Fakir  miskin  (Yang telah disahkan dan dipastikan tahap  kemiskinan mereka)

5. Asrama  anak-anak yatim dan miskin, Maahad Tahfiz  .

6. Mualaf  (di kalangan  orang  asli dan dari berbagai  bangsa dengan  kerjasama Perkim)

7. Golongan kurang  upaya (Beberapa individu  yang telah diziarahi)

8. Penghidap penyakit  kronik  (Yang tak mampu bekerja  kerana sakit)

9. Para pelajar yang tidak  mendapat bantuan atau biasiswa (anak-anak fakir miskin

"Aktiviti/Perkhidmatan"

1. Menerima anak-anak yatim,  fakir  miskin  dan  golongan yang  perlukan pembelaan seperti golongan yang layak menerima zakat. Mendaftarkan dan  membantu menyelesaikan masalah  mereka sedaya upaya. ( Tertakluk kepada syarat dan terma, kelulusan pengambilan melalui AJK pengambilan pelajar PKNQ) .

2. Menjalinkan kerjasama  dengan  mana-mana syarikat  agar  mereka  boleh  memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan  kepada  anak-anak yatim ,fakir miskin yang telah  dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara  keluarga  mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki  syarikat sendiri  akan dimaklumkan dan dirujuk  jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.

3. Menjadi pusat  agihan  bantuan berupa  barangan keperluan asas kepada  golongan yang  Fakir Miskin, anak yatim, dan mereka yang layak menerima zakat .Stok makanan yang disumbangkan kepada  PKNQ bukan  sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi  akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susah  di luar sana.

4. Menjalankan aktiviti  perniagaan yang bersesuaian  untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi (PKNQ).

5. Menganjurkan Majlis-majlis Amal  dan jualan amal bagi tujuan  mengumpul dana.

6. Mengadakan kelas fardhu  ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma untuk Ahli Kelab bimbingan  PKNQ sahaja.

7. Mengadakan kelas  tuisyen,  kelas  komputer, kelas  bahasa  Inggeris   untuk  meningkatkan kecemerlangan akdemik dan  kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama  dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas  ini di waktu  hujung minggu  atau cuti umum.

8. Lawatan sambil  memberi bantuan kepada  golongan yang kurang  bernasib baik dari  rumah  ke rumah  kita akan mencarikan penyumbang untuk membantu mereka secara terus tanpa  perlu melalui PKNQ.

9. Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan  untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah  kesihatan tetapi  tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah  kewangan.

10. Menubuhkan kelab bagi anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh Malaysia  bagi yang tidak menginap di mana-mana rumah  kebajikan. Dengan menjadi  ahli kelab ini akan memudahkan bantuan disalurkan kepada  mereka walaupun  mereka masih  tinggal dengan keluarga masing-masing. PKNQ  akan mencari  penyumbang yang tinggal berdekatan dengan  mereka.

11. Mendapatkan keluarga angkat yang menaja keperluan  pendidikan anak-anak tersebut. Projek Satu Keluarga  Satu  Anak  Yatim  akan  dilancarkan menerusi laman  web  PKNQ  yang  sedang  dalam proses untuk  disiapkan.  Namun anak-anak angkat  ini tidak  akan  tinggal  dengan  keluarga angkat mereka. 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI

Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan/ ROS dengan no pendaftaran,
PPM-004-01-06122013

NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU

Puan Khiryati Misbah      : 0139136506
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012

Sumbangan atas nama :
Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi

BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
Atau
MAYBANK.    : 5511-3751-1081

Sumbangan

Alamat Asrama Perempuan :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI JOHOR

Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan/ ROS no. pendaftaran,PPM-004-01-06122013

NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU

Puan Khiryati Misbah      : 0139136506

Puan Khadijah Abdullah : 0138883012

Sumbangan atas nama :

Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi

BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2

Atau

MAYBANK.    : 5511-3751-1081

Aktiviti pertubuhan

AKTIVTI PERTUBUHAN

1. Menerima anak-anak yatim,  fakir  miskin  dan  golongan yang  perlukan pembelaan seperti golongan yang layak menerima zakat. Mendaftarkan dan  membantu menyelesaikan masalah  mereka sedaya upaya.

2. Menjalinkan kerjasama  dengan  mana-mana syarikat  agar  mereka  boleh  memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan  kepada  anak-anak yatim ,fakir miskin yang telah  dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara  keluarga  mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki  syarikat sendiri  akan dimaklumkan dan dirujuk  jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.

3. Menjadi pusat  agihan  bantuan berupa  barangan keperluan asas kepada  golongan yang  Fakir Miskin, anak yatim, dan mereka yang layak menerima zakat .Stok makanan yang disumbangkan kepada  PKNQ bukan  sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi  akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susah  di luar sana.

4. Menjalankan aktiviti  perniagaan yang bersesuaian  untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi (PKNQ).

5. Menganjurkan Majlis-majlis Amal  dan jualan amal bagi tujuan  mengumpul dana.

6. Mengadakan kelas fardhu  ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma.

7. Mengadakan kelas  tuisyen,  kelas  komputer, kelas  bahasa  Inggeris   untuk  meningkatkan kecemerlangan akdemik dan  kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama  dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas  ini di waktu  hujung minggu  atau cuti umum.

8. Lawatan sambil  memberi bantuan kepada  golongan yang kurang  bernasib baik dari  rumah  ke rumah  kita akan mencarikan penyumbang untuk membantu mereka secara terus tanpa  perlu melalui PKNQ.

9. Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan  untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah  kesihatan tetapi  tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah  kewangan.

10. Menubuhkan kelab bagi anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh Malaysia  bagi yang tidak menginap di mana-mana rumah  kebajikan. Dengan menjadi  ahli kelab ini akan memudahkan bantuan disalurkan kepada  mereka walaupun  mereka masih  tinggal dengan keluarga masing-masing. PKNQ  akan mencari  penyumbang yang tinggal berdekatan dengan  mereka.

11. Mendapatkan keluarga angkat yang menaja keperluan  pendidikan anak-anak tersebut. Projek Satu Keluarga  Satu  Anak  Yatim  akan  dilancarkan menerusi laman  web  PKNQ  yang  sedang  dalam proses untuk  disiapkan.  Namun anak-anak angkat  ini tidak  akan  tinggal  dengan  keluarga angkat mereka. Sesekali mereka akan bercuti bersama keluarga angkat atau keluar bersiar-siar atau berma­lam di rumah  keluarga angkat.  Kemudian akan kembali ke asrama semula.