AKTIVTI PERTUBUHAN
1. Menerima anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang perlukan pembelaan seperti golongan yang layak menerima zakat. Mendaftarkan dan membantu menyelesaikan masalah mereka sedaya upaya.
2. Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat agar mereka boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada anak-anak yatim ,fakir miskin yang telah dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara keluarga mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki syarikat sendiri akan dimaklumkan dan dirujuk jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.
3. Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada golongan yang Fakir Miskin, anak yatim, dan mereka yang layak menerima zakat .Stok makanan yang disumbangkan kepada PKNQ bukan sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susah di luar sana.
4. Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi (PKNQ).
5. Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana.
6. Mengadakan kelas fardhu ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma.
7. Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akdemik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas ini di waktu hujung minggu atau cuti umum.
8. Lawatan sambil memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari rumah ke rumah kita akan mencarikan penyumbang untuk membantu mereka secara terus tanpa perlu melalui PKNQ.
9. Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.
10. Menubuhkan kelab bagi anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh Malaysia bagi yang tidak menginap di mana-mana rumah kebajikan. Dengan menjadi ahli kelab ini akan memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka walaupun mereka masih tinggal dengan keluarga masing-masing. PKNQ akan mencari penyumbang yang tinggal berdekatan dengan mereka.
11. Mendapatkan keluarga angkat yang menaja keperluan pendidikan anak-anak tersebut. Projek Satu Keluarga Satu Anak Yatim akan dilancarkan menerusi laman web PKNQ yang sedang dalam proses untuk disiapkan. Namun anak-anak angkat ini tidak akan tinggal dengan keluarga angkat mereka. Sesekali mereka akan bercuti bersama keluarga angkat atau keluar bersiar-siar atau bermalam di rumah keluarga angkat. Kemudian akan kembali ke asrama semula.
NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012
Sumbangan atas nama :
Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi
BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
2. Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat agar mereka boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada anak-anak yatim ,fakir miskin yang telah dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara keluarga mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki syarikat sendiri akan dimaklumkan dan dirujuk jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.
4. Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi (PKNQ).
5. Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana.
6. Mengadakan kelas fardhu ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma.
7. Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akdemik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas ini di waktu hujung minggu atau cuti umum.
8. Lawatan sambil memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari rumah ke rumah kita akan mencarikan penyumbang untuk membantu mereka secara terus tanpa perlu melalui PKNQ.
9. Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.
10. Menubuhkan kelab bagi anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh Malaysia bagi yang tidak menginap di mana-mana rumah kebajikan. Dengan menjadi ahli kelab ini akan memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka walaupun mereka masih tinggal dengan keluarga masing-masing. PKNQ akan mencari penyumbang yang tinggal berdekatan dengan mereka.
11. Mendapatkan keluarga angkat yang menaja keperluan pendidikan anak-anak tersebut. Projek Satu Keluarga Satu Anak Yatim akan dilancarkan menerusi laman web PKNQ yang sedang dalam proses untuk disiapkan. Namun anak-anak angkat ini tidak akan tinggal dengan keluarga angkat mereka. Sesekali mereka akan bercuti bersama keluarga angkat atau keluar bersiar-siar atau bermalam di rumah keluarga angkat. Kemudian akan kembali ke asrama semula.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI
Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan/ ROS dengan no penadtaran,
PPM-004-01-06122013
NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU
Puan Khiryati Misbah : 0139136506
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012
Sumbangan atas nama :
Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi
BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
Atau
MAYBANK. : 5511-3751-1081












Tiada ulasan:
Catat Ulasan