Ahad, 23 Ogos 2015

AMALAN BERSEDEKAH : melatih dari bersifat pentingkan diri sendiri

















PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI JOHOR

Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan/ ROS no. pendaftaran,PPM-004-01-06122013

NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU

Puan Khiryati Misbah      : 0139136506

Puan Khadijah Abdullah : 0138883012

Sumbangan atas nama :

Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi


BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
AtauMAYBANK.    : 5511-3751-1081






Amalan bersedekah melatih dari bersifat pentingkan diri sendiri





MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di Akhirat.
Agama Islam menyuruh umatnya untuk hidup saling bantu-membantu dan tolong-menolong sesama insan kerana dengan cara demikian akan dapat menimbulkan perasaan hormatmenghormati dan sayang-menyayangi tanpa mengira keluarga, kaum kerabat, rakan, jiran mahupun orang yang tidak dikenali. Salah satu cara untuk melaksanakan konsep tolong menolong atau bantu-membantu ialah dengan amalan bersedekah


.Melalui amalan bersedekah dapat melatih jiwa seseorang itu untuk menjadi orang yang belas kasihan, bersifat kasih sayang, jauh dari bersifat pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Bersedekah juga adalah salah satu cara membelanjakan harta pada jalan Allah. Ini kerana tujuan seseorang bersedekah itu adalah atas dasar untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Bersedekah sama ada dengan wang ringgit atau lainnya merupakan amalan mulia yang memberi keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya dan orang yang menerimanya. Orang yang bersedekah mendapat balasan pahala, sementara bagi orang yang menerimanya pula dapat menggunakan sedekah tersebut bagi memenuhi keperluan hidupnya. Pada hakikatnya, harta yang disedekahkan bukannya berkurang, malahan Allah Subhanahu Wata’ala akan menggantikan dan menambah hartanya dengan berlipat kali ganda. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 345:
Tafsirnya: “Siapakah orang yang mahu memberikan penjamin kepada Allah sebagai penjamin yang baik dengan membelanjakan harta pada jalan Allah secara ikhlas, supaya Allah akan melipatgandakan baginya ganjaran yang berganda-ganda banyaknya?”



Bersedekah merupakan salah satu cara untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir, miskin dan termasuklah juga anak-anak yatim. Agama Islam sangat mengambil berat tentang hal ehwal dan kebajikan anak-anak yatim. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengambil berat terhadap anak-anak yatim lebih-lebih lagi kepada orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak yatim tersebut. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengkhabarkan bahawa orang yang menjaga anak yatim akan mendapat kedudukan yang mulia di syurga, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith:
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga. Malik (periwayat hadith) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.”
Selain dari itu, kita juga diperintahkan untuk bersikap lemah lembut dan berbuat baik kepada anak yatim. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 83:
Tafsirnya: “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”






Sesungguhnya ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Adapun salah satu daripada perlakuan baik terhadap mereka itu ialah dengan menghulurkan bantuan kepada mereka lebih-lebih lagi anak-anak yatim yang hidup susah dan tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya. Bantuan yang dihulurkan sama ada berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka, bahkan juga dapat menimbulkan kebaikan dan kegembiraan di hati mereka.
Sememangnya dalam masyarakat kita masih kaya dengan sifat kasih sayang, simpati dan bertanggungjawab terhadap anak-anak yatim.  Mudah mudahan dengan adanya kutipan derma ini akan dapat meringankan kesejahteraan dan beban penderitaan mereka yang ditimpa musibah banjir itu.




Dalam bersedekah, kita perlulah melakukannya dengan hati yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata’ala, bukan disebabkan untuk mendapat nama atau digelar sebagai seorang yang dermawan. Kita juga hendaklah menjaga tatatertib ketika bersedekah. Oleh itu terdapat tiga perkara yang perlu diikuti bagi kesempurnaan amalan bersedekah itu.
Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik dan elok.
Kedua: Sesuatu yang disedekahkan itu hendaklah daripada yang halal, bukan haram atau syubhah.
Ketiga: Adalah sunat bagi pemberian sedekah atau derma itu daripada benda yang disukai dan disayangi.
Dalam amalan bersedekah juga, kita dilarang menyebut-nyebut atau mengungkit-ungkit sedekah kita itu, kerana perbuatan yang demikian boleh merosakkan pahala sedekah, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 264:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan pahala sedekah kamu dengan mengungkit dan menyakiti, seperti rosaknya pahala orang yang membelanjakan hartanya kerana riya (menunjuk-nunjuk) kepada manusia, dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
Sesungguhnya amalan sedekah itu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang sangat besar. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Dari Abu Said Radiallahuanhu berkata: Siapa saja yang memberi pakaian Muslim lainnya yang tidak memiliki pakaian, nescaya Allah akan memberinya pakaian dari hijaunya syurga. Siapa saja Muslim yang memberi makan Muslim lainnya yang kelaparan, nescaya Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Dan siapa saja Muslim yang memberi minuman Muslim lainnya yang kehausan, nescaya Allah akan memberinya minuman dari minuman suci yang tertutup.”


Support MUSLIM Charity



Memandangkan bersedekah itu amalan yang mulia dan dijanjikan ganjaran yang sangat besar, marilah kita melazimkan diri untuk bersedekah, tidak kira banyak atau sedikit, apa yang penting ialah niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang berapa banyak sedekah yang dihulurkan itu, akan tetapi Allah Subhanahu Wata’ala memandang hati orang yang bersedekah. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala meluaskan rezeki kita dan menjadikan kita orang yang suka bersedekah. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 262:
Tafsirnya: “Orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan ungkit dan tiada pula menyakiti perasaan penerima, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan atas mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan