PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI
Berdaftar dengan R.O.S. Johor / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor Darul Takzim, sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-Undang tubuh pertubuhan dan dasar-dasar negara, no pendaftaran:
PPM-004-01-06122013
NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU
Puan Khiryati Misbah : 0139136506
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012
Sumbangan atas nama :
Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi
BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
Atau
MAYBANK. : 5511-3751-1081Bilangan anak-anak Fakir miskin, anak yatim & Asnaf yang menetap di asrama : 15 orang.
Bilangan yang berdaftar dan sering mengikuti Program Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi / PKNQ
PKNQ pusat yang menaungi dan menjadi tempat berlindung kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebuah keluarga besar yang bernaung dibawah satu nama dengan satu ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang tinggi bagaikan satu keluarga dari ibu dan ayah yang sama.
Segala kegiatan kebajikan yang dilaksanakan dari pelbagai aspek samada lahiriah seperti bantuan kewangan, makanan, barangan ataupun aspek rohaniah, seperti khidmat kaunseling, latihan kemahiran, pendidikan insan dan
Nur Qalbi memberi perhatian terhadap kasih sayang, pertolongan, kerjasama, tanggungjawab, prihatin kepada insan-insan yang menanggung penderitaan dari berbagai golongan tanpa mengira peringkat usia serta tidak dibatasi oleh sempadan negeri. Samada individu atau pusat kebajikan PKNQ akan sentiasa bersedia untuk berkongsi penderitaan dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung.
Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi / PKNQ adalah pusat kebajikan yang me5naungi anak-anak yatim, anak fakir miskin dan yang layak menerima zakat. Selain anak anak di asrama, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Kebajikan Fakir miskin dan anak Yatim Se-malaysia kelolaan PKNQ
Visi
1. Membangunkan sebuah kompleks Kebajikan berperanan sebagai saluran tambahan yang beroperasi 24 jam serta sentiasa konsisten di dalam membantu mereka yang dhaif dan susah.
2. menjana dana yang maksimum melalui berbagai program yang dianjurkan agar mencukupi bagi menampung operasi kebajikan yang ingin dilaksanakan.
3. Membuka rangkaian di seluruh negara untuk melebarkan sayap perkhidmatan yang bakal diberikan ke serata pelusuk negeri.
Buat masa ini di sinilah anak-anak puteri PKNQ ini tumpang berteduh menyewa rumah meskipun agak berat juga menanggung sewanya namun berbagai aktiviti amal telah dilakukan di sini.
Segala sumbangan yang kami terima akan dikongsi dan diagih-agihkan kepada mereka yang layak tak kira samada mereka tinggal di asrama PKNQ ataupun tinggal di rumah sendiri.
Sumbangan berupa barangan keperluan asas yang diterima, selain untuk kegunaan penghuni Asrama Putri PKNQ, akan turut diagih-agihkan juga kepada golongan yang memerlukannya seperti :
1. Balu yang kematian suami dan memelihara anak yatim.
2. Ibu tunggal yang tidak mendapat nafkah dari bekas suami.
3. Warga Emas yang tidak berkemampuan
4. Fakir miskin (Yang telah disahkan dan dipastikan tahap kemiskinan mereka)
5. Asrama anak-anak yatim dan miskin, Maahad Tahfiz .
6. Mualaf (di kalangan orang asli dan dari berbagai bangsa dengan kerjasama Perkim)
7. Golongan kurang upaya (Beberapa individu yang telah diziarahi)
8. Penghidap penyakit kronik (Yang tak mampu bekerja kerana sakit)
9. Para pelajar yang tidak mendapat bantuan atau biasiswa (anak-anak fakir miskin
"Aktiviti/Perkhidmatan"
1. Menerima anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang perlukan pembelaan seperti golongan yang layak menerima zakat. Mendaftarkan dan membantu menyelesaikan masalah mereka sedaya upaya. ( Tertakluk kepada syarat dan terma, kelulusan pengambilan melalui AJK pengambilan pelajar PKNQ) .
2. Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat agar mereka boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada anak-anak yatim ,fakir miskin yang telah dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara keluarga mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki syarikat sendiri akan dimaklumkan dan dirujuk jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.
3. Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada golongan yang Fakir Miskin, anak yatim, dan mereka yang layak menerima zakat .Stok makanan yang disumbangkan kepada PKNQ bukan sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susah di luar sana.
4. Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi (PKNQ).
5. Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana.
6. Mengadakan kelas fardhu ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma untuk Ahli Kelab bimbingan PKNQ sahaja.
7. Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akdemik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas ini di waktu hujung minggu atau cuti umum.
8. Lawatan sambil memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari rumah ke rumah kita akan mencarikan penyumbang untuk membantu mereka secara terus tanpa perlu melalui PKNQ.
9. Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.
10. Menubuhkan kelab bagi anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh Malaysia bagi yang tidak menginap di mana-mana rumah kebajikan. Dengan menjadi ahli kelab ini akan memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka walaupun mereka masih tinggal dengan keluarga masing-masing. PKNQ akan mencari penyumbang yang tinggal berdekatan dengan mereka.
11. Mendapatkan keluarga angkat yang menaja keperluan pendidikan anak-anak tersebut. Projek Satu Keluarga Satu Anak Yatim akan dilancarkan menerusi laman web PKNQ yang sedang dalam proses untuk disiapkan. Namun anak-anak angkat ini tidak akan tinggal dengan keluarga angkat mereka.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR QALBI
Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan/ ROS dengan no pendaftaran,
PPM-004-01-06122013
NO. 34, JALAN KEMUNCAK 2, TAMAN NONG CHIK, 80100, JOHOR BAHARU
Puan Khiryati Misbah : 0139136506
Puan Khadijah Abdullah : 0138883012
Sumbangan atas nama :
Pertubuhan Kebajikan nur Qalbi
BANK ISLAM : 01-041-01-006228-2
Atau
MAYBANK. : 5511-3751-1081






Tiada ulasan:
Catat Ulasan